Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Fasa II 2006
VISI
Budi Bahasa Intisari Jatidiri Bangsa Malaysia
MISI
Melahirkan Masyarakat Malaysia Yang Berbudi Bahasa
OBJEKTIF
Menanam, Menghayati dan Mengamalkan Nilai-nilai Murni
TEMA
Bagi tahun 2006, nilai murni yang dipilih sebagai tema ialah Kesopanan. Ia selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan' dan diterjemahkan ke dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan, pembelajaran, kemasyarakatan dan perkhidmatan.
Aktiviti-aktiviti Selari Dengan Tema

1. Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.

2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.

3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

5. Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai','Tandas Bersih','Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa','Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'
Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.
Ada yang menjawab telefon dengan kasar dan acuh tak acuh (atau langsung tidak
terjawab), surat-menyurat rakyat yang lambat dijawab, merosotnya amalan gotong-royong
dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan, menghilangnya amalan
hormat-menghormati identiti manusia dan pihak-pihak tertentu yang dahulunya
dihormati, keterlaluan mengejar kemajuan kebendaan sehingga kita lupa akan betapa
pentingnya tatasusila berhemah diamalkan semula secara menyeluruh. Tuntutan
Rukunegara tentang ketatasusilaan yang baik harus diisi semula. Bangsa Malaysia
yang dicita-cita harus terus berbekal amalan-amalan murni.

PETlKAN DARIPADA UCAPAN YAB PERDANA MENTERI
Sempena Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan
"Pembangunan modal manusia menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran.. .tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan"
"Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang mengamalkan budaya murni"
Tarikh akhir kemaskini: 31-10-2008 07:15:32





Tahukah Anda?
Sebelum Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) diwartakan pada 31 Disember 2005 dan dikuatkuasa pada 1 Mac 2006, hanya terdapat Akta Benda Purba, 1976 (Akta 168) yang digunapakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan Negara berkaitan barang purba, monumen, dan tinggalan kebudayaan.

Jumlah kunjungan hari ini: 282
Jumlah kunjungan semalam: 7029
Jumlah sedang melayari: 7











