Utusan Malaysia : 16 September 2009
Tabung Belaan Artis akan diwujudkan

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Para karyawan seni tanah air akan mendapat pembelaan apabila Tabung Belaan Artis diwujudkan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik tidak lama lagi.

Tabung yang dicadangkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu akan dilaksanakan menerusi potongan bayaran filem dan drama yang ditayangkan menerusi stesen televisyen di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat selepas Aidilfitri ini bersama para karyawan termasuk wakil-wakil stesen televisyen, penerbit dan persatuan artis bagi membincangkan penubuhan dana tersebut.

Katanya, dengan adanya dana itu kelak, golongan karyawan seni yang kurang bernasib baik tidak perlu meminta-minta sumbangan daripada pihak lain bagi meringankan kesulitan hidup mereka.

''Selepas ini kita akan memanggil persatuan artis seperti Seniman, Karyawan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menghalusi mekanisme penubuhan tabung dana tersebut.

''Kita juga akan berbincang tentang potongan hasil daripada bayaran filem dan drama tempatan yang ditayangkan menerusi stesen televisyen di negara ini selewat-lewatnya pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga filem dan media di Finas di sini, malam ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan cek duti hiburan berjumlah RM5.7 juta kepada 12 penerbit tempatan yang menerbitkan filem-filem dan ditayangkan di pawagam dari Mac hingga Ogos tahun ini.

Selain itu, Rais juga menyampaikan sumbangan hari raya kepada 50 karyawan seni yang terdiri daripada pelakon, pemuzik, penyanyi dan pengamal media yang kurang bernasib baik.

         Pengumuman

Perubahan Nama Kementerian

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Maklumat pada portal akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad

Dapatkan maklumat berkenaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan :

Sila klik di sini


    Direktori Pegawai



    Perkhidmatan Atas Talian
    Garis Panduan
    Arkib
    RSS
    RSS KEKKWA
    RSS YAHOO
    RSS GOOGLE

    Muat Turun

    Helpdesk

    Tahukah Anda?

    Saadiah Ahmad Daud merupakan pengarah wanita melayu pertama yang telah mengarahkan filemnya yang berjudul "Ceritaku Ceritamu". Filem ini telah diterbitkan oleh Anang Enterprise pada tahun 1980.

     Apakah bidang yang paling anda minati?
    Penerangan
    Komunikasi
    Kebudayaan
     
     
    Jumlah Undian :3781
    [ Undian Lain ] [ Keputusan ]
    Jumlah kunjungan sejak Dis 2008:
    4882109
    Jumlah kunjungan hari ini: 2457
    Jumlah kunjungan semalam: 4983
    Jumlah sedang melayari: 14