Majlis Pelancaran Logo dan Lagu 1Malaysia
Y.A.B. PM, Y.A.B. TPM dan Y.B. Menteri KPKK bersama Isteri masing-masing bergambar di hadapan logo 1Malaysia.
27 Jun – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Logo dan Lagu 1Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Turut hadir pada majlis ini ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua-ketua Setiausaha serta kenamaan lain.
Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu wawasan Kerajaan bagi mengukuhkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Seramai 11,500 orang masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama telah membanjiri Dataran Merdeka seawal jam 6.00 pagi bagi menyaksikan acara perasmian tersebut. Majlis ini turut diserikan dengan acara Senam Seni Malaysia.
Lebih 10,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama memenuhi Dataran Merdeka bagi menyertai aktiviti Senam Seni Malaysia





Tahukah Anda?
Tepak sirih sebagai alat pengantaraan yang disorongkan oleh tuan rumah kepada tetamu membawa maksud "dengan keramahan hati tuan rumah menghargai kedatangan tetamu".

Jumlah kunjungan hari ini: 2472
Jumlah kunjungan semalam: 4983
Jumlah sedang melayari: 14











