PUSPAL

AGENSI PUSAT PERMOHONAN PENGGAMBARAN FILEM DAN PERSEMBAHAN ARTIS LUAR NEGARA (PUSPAL)

1
LATAR BELAKANG

Jemaah Menteri, dalam mesyuaratnya pada 06 Jun 2001, telah memutuskan supaya :

1.1 ditubuhkan satu jawatankuasa agensi pusat bagi menyelaraskan permohonan dan kelulusan permohonan penggambaran filem dan
persembahan Artis dari Luar Negara, dan
1.2 diwujudkan agensi pusat bagi menerima, memproses dan meluluskan permohonan seperti tersebut di dalam Perkara 1.1 di atas

2
RUJUKAN NAMA

Dengan berpandukan Perkara 1.1 dan Perkara 1.2 di atas, rujukan nama bagi merujuk perkara-perkara tersebut adalah seperti yang berikut :

2.1 Jawatankuasa Agensi Pusat
Dikenali sebagai Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara, atau Jawatankuasa Agensi Pusat, atau ringkasnya JK-PUSPAL.
2.2 Agensi Pusat
Dikenali sebagai Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara, atau Agensi Pusat, atau ringkasnya PUSPAL.

3
TAFSIRAN

Kecuali dinyatakan, berikut ialah tafsiran yang diguna pakai bagi pengertian yang merujuk kepada :

3.1 Kerajaan
Kerajaan Malaysia, kecuali dinyatakan
3.2 Negara
Negara Malaysia, kecuali dinyatakan.
3.3 Kementerian
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW), kecuali yang dinyatakan.
3.4 Filem
Dalam Seksyen 3 Akta Penapisan Filem 2002 :
” Filem – termasuklah keseluruhan atau apa-apa bahagian –
  1. sesuatu filem sinematograf ; dan
  2. sesuatu pita video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras dan rekod lain, yang asal atau pendua bagi suatu urutan imej gambar tampak, yang merupakan suatu rekod yang dapat digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan urutan itu sebagai suatu gambar bergerak, sama ada atau tidak diiringi bunyi.”
3.5 Artis
Meliputi ahli seni dari luar negara yang tergolong di dalam kategori ”kreatif” seperti berikut :
  1. Penggiat seni pentas (iaitu seni muzik, seni suara, seni tari, seni lakon, silat seni, silap mata dan semua aktiviti yang terdapat di dalam persembahan sarkas) serta individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kreatif yang berkaitan dengan seni pentas.
  2. Penggiat filem (iaitu individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kreatis yang berkaitan dengan seni layar).
3.6 Bukan Artis
Meliputi individu dari luar negara yang tergolong di dalam kategori ”pengurusan” seperti berikut :
  1. Individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan yang berkaitan dengan seni pentas.
  2. Individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan yang berkaitan dengan seni layar.
3.7 Berkarya
Penglibatan diri Artis di dalam seni pentas sama ada sebagai penggiat, pengajar, dan/atau penglibatan diri Artis di dalam penggambaran filem.
3.8 Penggambaran Filem
Aktiviti penggambaran filem bersifat wawancara, dokumentari, cereka, hiburan dan iklan komersial atau bentuk penggambaran lain dibuat di dalam Negara oleh syarikat perfileman dari Luar Negara.
3.9

Persembahan

3.9.1 aktiviti Artis yang diadakan di:

  1. hotel;
  2. pusat hiburan;
  3. premis perdagangan;
  4. pusat kebudayaan
  5. stadium;
  6. tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai oleh JK-PUSPAL

3.9.2 aktiviti Artis yang melibatkan :

  1. persembahan di tempat terbuka atau tertutup;
  2. promosi album lagu dan filem Artis; dan
  3. promosi barangan atau produk, kecuali produk minuman keras dan produk tembakau.

4
JAWATANKUASA AGENSI PUSAT (JK-PUSPAL)

4.1 Jawatankuasa Agensi Pusat

Pengerusi :

Ketua Setiausaha
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)

Ahli Tetap :

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)
- Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
- Istana Budaya (IB)
- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Kementerian Luar Negeri (KLN)

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Bahagian Penerbitan Filem
- Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Kementerian Pelancongan (KPL)

Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- Cawangan Khas
- Cawangan Perhubungan Awam

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Cawangan Penaksiran
- Cawangan Tidak Bermastautin

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Ahli Bersekutu : Jabatan Ketua Menteri Sabah
Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

5
PENGURUSAN PUSPAL

5.1 Urus Setia
Urus Setia ialah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.
5.2

Bidang Tugas
Secara am tugas Urus Setia ialah :

5.2.1 Menerima, memproses dan mengutip bayaran-bayaran berkaitan permohonan penggambaran filem dan persembahan Artis Luar Negara dan menyalurkan bayaran-bayaran tersebut kepada agensi-agensi berkaitan;
5.2.2 Mengurus mesyuarat mingguan JK-PUSPAL;
5.2.3 Membentang permohonan dalam mesyuarat mingguan JK-PUSPAL dan memaklumkan keputusan permohonan secara lisan dan/atau tulisan kepada pemohon;
5.2.4 Menyalur kepada dan menerima kes rujukan daripada jabatan/agensi yang berkaitan mengenai perkara yang terkeluar daripada peraturan yang ditetapkan oleh JK-PUSPAL;
5.2.5 Menyelaras pemantauan bagi memastikan aktiviti persembahan Artis Luar Negara mengikut peraturan yang ditetapkan; dan
5.2.6 Menyelaras makluman kutipan sumbangan amal daripada aktiviti persembahan Artis Luar Negara.

6
TATACARA PERMOHONAN SERTA GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PENGGAMBARAN FILEM

6.1 Seperti di LAMPIRAN A.

7
TATACARA PERMOHONAN SERTA GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PERSEMBAHAN ARTIS DARI LUAR NEGARA

7.1 Seperti di LAMPIRAN B.

8
CARTA ALIRAN KERJA PERMOHONAN PENGGAMBARAN FILEM DAN PERSEMBAHAN ARTIS LUAR NEGARA.

8.1 Seperti di LAMPIRAN C.

9
CARTA ALIRAN KERJA MEMPROSES PERMOHONAN PENGGAMBARAN FILEM DAN PERSEMBAHAN ARTIS LUAR NEGARA.

9.1 Seperti di LAMPIRAN D.

10
KADAR BOND BAGI MAKSUD JAMINAN BANK

10.1 Seperti di LAMPIRAN E.

11
PENGECUALIAN

11.1 Artis dalam kategori yang berikut dikecualikan daripada bidang kuasa JK-PUSPAL
11.1.1 Artis yang berkarya di bawah Program Pertukaran Kebudayaan atau Porgram Kerjasama Kebudayaan antara Malaysia dengan Negara Luar.
11.1.2 Artis yang berkarya di Malaysia di bawah kategori Pegawai Dagang iaitu kontrak dengan majikannya bagi tempoh melebihi 181 hari secara terus-menerus, tanpa permohonan lanjutan dalam tempoh berkenaan.

 

Tarikh akhir kemaskini: 15-04-2009 06:22:18

         Pengumuman

Perubahan Nama Kementerian

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Maklumat pada portal akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad

Dapatkan maklumat berkenaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan :

Sila klik di sini


    Direktori Pegawai



    Perkhidmatan Atas Talian
    Garis Panduan
    Arkib
    RSS
    RSS KEKKWA
    RSS YAHOO
    RSS GOOGLE

    Muat Turun

    Helpdesk

    Tahukah Anda?

    Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.

     Apakah bidang yang paling anda minati?
    Penerangan
    Komunikasi
    Kebudayaan
     
     
    Jumlah Undian :3794
    [ Undian Lain ] [ Keputusan ]
    Jumlah kunjungan sejak Dis 2008:
    4927276
    Jumlah kunjungan hari ini: 569
    Jumlah kunjungan semalam: 7029
    Jumlah sedang melayari: 5