Duti Hiburan

GARIS PANDUAN TUNTUTAN PERBEZAAN JUMLAH KEHILANGAN KUTIPAN DUTI HIBURAN HASIL PELAKSANAAN PENGURANGAN KADAR DUTI HIBURAN DARIPADA 25 PERATUS KEPADA 5 PERATUS KE ATAS PEMENTASAN ARTIS LUAR NEGARA DAN PEMENTASAN ARTIS TEMPATAN

PENDAHULUAN

1
Garis panduan ini bertujuan memberikan panduan berkenaan kaedah dan peraturan tuntutan perbezaan jumlah kehilangan kutipan duti hiburan oleh kerajaan negeri hasil pelaksanaan pengurangan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada 5 peratus ke atas pementasan artis luar negara dan pementasan artis tempatan.

2
Kadar duti hiburan semasa yang dikenakan adalah berjumlah 25 peratus daripada harga tiket bayaran masuk ke atas aktiviti hiburan dan persembahan artis yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan. Penetapan duti hiburan adalah salah satu daripada punca perolehan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

3
Walau bagaimanapun, pengenaan kadar duti hiburan sebanyak 25 peratus menimbulkan masalah kepada penganjur acara hiburan dan persembahan. Pihak penganjur terpaksa menanggung beban untuk menjelaskan duti hiburan sebanyak 25 peratus kepada pihak berkuasa tempatan sebelum tiket dijual kepada penonton. Selain itu, pihak penganjur juga terpaksa menanggung kos-kos lain seperti kos produksi, gaji dan upah artis serta krew, sewaan peralatan dan tempat serta sebagainya.

4
Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) telah mencadangkan supaya kadar duti hiburan dikurangkan kepada 5 peratus sahaja. Sehubungan itu, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 28 September 2006 telah bersetuju supaya kerajaan persekutuan membayar balik perbezaan jumlah kehilangan kutipan duti hiburan kepada kerajaan-kerajaan negeri sebagai gantian kepada kehilangan hasil pendapatan kerajaan negeri atas pelaksanaan pengurangan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada 5 peratus.

5
Lanjutan daripada keputusan tersebut, Kementerian Kewangan telah mewartakan keputusan mengenai pengurangan kadar duti hiburan kepada 5 peratus ke atas pementasan artis luar negara dan pementasan artis tempatan berkuatkuasa mulai 30 Jun 2006.

6
Melalui arahan tersebut, kerajaan negeri boleh mengemukakan tuntutan balik perbezaan jumlah kehilangan kutipan duti hiburan iaitu sebanyak 20 peratus kepada Kementerian Kewangan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Proses tuntutan adalah seperti carta berikut;

CARTA ALIRAN TUNTUTAN

Carta Aliran Tuntutan

PROSES KERJA TUNTUTAN

Langkah

Proses Kerja

1

Kerajaan negeri hendaklah mengemukakan dokumen tuntutan sekali setahun iaitu selepas penutupan akaun tahunan selewat-lewatnya 31 Mac. Penyata tuntutan yang lengkap dengan dokumen sokongan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Bahagian Pengurusan, Tingkat 26, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50694 Kuala Lumpur. Satu salinan dialamatkan kepada Setiausaha, Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Tingkat 18, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50694 Kuala Lumpur.

2

Bahagian Pengurusan, KPKKW semak dokumen tuntutan yang perlu mengandungi laporan mengenai kutipan hasil duti hiburan di bawah Koding
Pertunjukan/ Persembahan Pentas yang telah disahkan oleh Pengarah Audit
Negeri. Bagi tujuan ini, semua kerajaan negeri perlu mewujudkan satu koding khas untuk Pertunjukan/ Persembahan Pentas sahaja sekiranya belum ada. Maklumat mengenai nama penerima, nombor akaun, nama dan alamat bank juga perlu disertakan. Sekiranya dokumen tidak lengkap, kerajaan negeri hendaklah mengemukakan maklumat yang diperlukan.

3

Bahagian Pengurusan, KPKKW akan memproses tuntutan.

4

Dokumen tuntutan yang telah diproses dan dibuat kiraaan akan dikemukakan
kepada Y.Bhg. Dr. KSU untuk kelulusan.

5

Sekiranya diluluskan, pembayaran akan dibuat atas jumlah tuntutan yang
diluluskan. Sekiranya tidak diluluskan, ianya perlu dipinda semula.

6

Bahagian Pengurusan, KPKKW mengeluarkan bayaran tuntutan melalui bayaran terus ke akaun bank penerima. (Surat kelulusan dan jumlah bayaran tuntutan disalinkan kepada Bahagian Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, KPKKW dan Kementerian Kewangan)

7

Kerajaan negeri terima bayaran tuntutan.

 

Tarikh akhir kemaskini: 05-12-2008 04:23:02

         Pengumuman

Perubahan Nama Kementerian

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Maklumat pada portal akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad

Dapatkan maklumat berkenaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan :

Sila klik di sini


    Direktori Pegawai



    Perkhidmatan Atas Talian
    Garis Panduan
    Arkib
    RSS
    RSS KEKKWA
    RSS YAHOO
    RSS GOOGLE

    Muat Turun

    Helpdesk

    Tahukah Anda?

    Sebelum Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) diwartakan pada 31 Disember 2005 dan dikuatkuasa pada 1 Mac 2006, hanya terdapat Akta Benda Purba, 1976 (Akta 168) yang digunapakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan Negara berkaitan barang purba, monumen, dan tinggalan kebudayaan.

     Apakah bidang yang paling anda minati?
    Penerangan
    Komunikasi
    Kebudayaan
     
     
    Jumlah Undian :3794
    [ Undian Lain ] [ Keputusan ]
    Jumlah kunjungan sejak Dis 2008:
    4927348
    Jumlah kunjungan hari ini: 641
    Jumlah kunjungan semalam: 7029
    Jumlah sedang melayari: 6