Potongan Cukai

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN CUKAI BAGI PENAJAAN PERSEMBAHAN DAN PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

TUJUAN

  1. Garis panduan ini bertujuan memberi penjelasan berhubung kriteria dan prosuder am permohonan potongan cukai di bawah Seksyen 34(6)(k) Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas sumbangan sektor swasta bagi penajaan persembahan dan pertunjukan kebudayaan, kesenian dan warisan tempatan dan juga persembahan luar negara bagi maksud pengiraan cukai pendapatan.

LATAR BELAKANG

  1. Syarikat yang menaja persembahan kesenian dan kebudayaan dalam dan luar negara yang diluluskan oleh Kementerian, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan (KPKKW) layak diberi potongan cukai ke atas perbelanjaan penajaan sehingga RM300,000 setahun. Daripada jumlah tersebut, potongan bagi perbelanjaan menaja persembahan dari luar negara dihadkan sehingga RM200,000 setahun.
  2. Mulai tahun taksiran 2007 had sumbangan tajaan yang layak bagi potongan cukai ditingkatkkan daripada RM300,000 kepada RM500,000 setahun. Had potongan yang dibenarkan bagi persembahan dan pertunjukan luar negara sehingga RM200,000 setahun dikekalkan.

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Bagi tujuan Seksyen 34(6)(k) Akta Cukai Pendapatan 1967, penaja yang layak mendapat potongan cukai hendaklah memenuhi kriteria berikut:
    1. Persembahan atau pertunjukan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan.
    2. Penganjur hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
    3. Persembahan atau pertunjukan luar negara berkenaan hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara.
    4. Bentuk penajaan ialah apa-apa sumbangan yang bermatlamat untuk mempertingkatkan persembahan sama ada dalam bentuk fizikal seperti wang, pakaian, makan-minum, penginapan, pengangkutan dan penerbangan dan dalam bentuk bukan fizikal seperti latihan dan publisiti.
    5. Keutamaan diberi kepada penajaan untuk apa-apa jenis persembahan yang melibatkan masyarakat berbilang kaum dinegara ini.
    6. Lokasi persembahan yang sesuai dan menarik.

BENTUK SUMBANGAN YANG LAYAK MENDAPAT POTONGAN

  1. Bentuk penajaan yang dipertimbangkan adalah dalam bentuk wang atau bukan wang seperti pakaian, makan-minum, penginapan, pengangkutan, penerbangan, latihan dan publisiti.
  2. Penaja hendaklah mendapatkan resit rasmi atau surat pengesahan daripada Penganjur atau sesalinan surat perjanjian diantara Penganjur dan Penaja.

PIHAK YANG LAYAK MEMOHON

  1. Syarikat dan bukan syarikat iaitu Perkongsian, Badan Amanah dan Koperasi.

PROSEDUR MEMOMOHON

  1. Penaja hendaklah memohon kelulusan mendapatkan potongan cukai daripada KPKKW secara bertulis dengan mengemukan maklumat menerusi Borang KPKKW/PC.
  2. Permohonan yang lengkap dikemukakan kepada:
    Setiausaha
    Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
    Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
    Tingkat 30, bangunan TH Perdana
    Maju Junction, 1001 Jalan Sultan Ismail
    50694 Kuala Lumpur

PROSEDUR MENIKMATI POTONGAN CUKAI DARI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

  1. Tuntutan ke atas potongan cukai bagi penajaan persembahan dan pertunjukan kebudayaan, kesenian dan warisan tempatan dan juga persembahan luar negara yang telah diluluskan hendaklah dibuat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran yang berkenaan. Dokumen berikut hendaklah disimpan dengan baik untuk tujuan audit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri:
    1. Surat kelulusan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia;
    2. Resit rasmi atau surat pengesahan daripada Penganjur atau salinan perjanjian antara Penganjur dan Penaja

TARIKH KUATKUASA

  1. Potongan cukai keatas penajaan persembahan dan pertunjukan kebudayaan,kesenian dan warisan tempatan dan juga persembahan luar negara bagi maksud pengiraan cukai pendapatan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2007. Garis panduan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Muat turun Borang Permohonan Potongan Cukai
PERMOHONAN POTONGAN CUKAI BAGI PENAJAAN PERSEMBAHAN DAN PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

 

Tarikh akhir kemaskini: 28-10-2008 03:39:11

         Pengumuman

Perubahan Nama Kementerian

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Maklumat pada portal akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad

Dapatkan maklumat berkenaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan :

Sila klik di sini


    Direktori Pegawai



    Perkhidmatan Atas Talian
    Garis Panduan
    Arkib
    RSS
    RSS KEKKWA
    RSS YAHOO
    RSS GOOGLE

    Muat Turun

    Helpdesk

    Tahukah Anda?

    Nama mekmulung berasal daripada perkataan ‘mek’ iaitu panggilan pada gadis-gadis, sementara perkataan ‘mulung’ pula ialah nama hutan tempat bermulanya persembahan ini.

     Apakah bidang yang paling anda minati?
    Penerangan
    Komunikasi
    Kebudayaan
     
     
    Jumlah Undian :3794
    [ Undian Lain ] [ Keputusan ]
    Jumlah kunjungan sejak Dis 2008:
    4917597
    Jumlah kunjungan hari ini: 4660
    Jumlah kunjungan semalam: 6971
    Jumlah sedang melayari: 8