Kategori Perkhidmatan
Tarian
Tarian Musim Bunga
  Berdasarkan nama tarian ini dapat dikatakan bahawa ia dipersembahkan pada musim bunga.

Tarian Cinta Bertemu
  Tarian penuh gemalai yang menggambarkan cinta, kerinduan dan keinginan. Perjalanan seorang wanita muda dalam menemui kekasihnya.

Tarian Menyambut Tahun Baru
  Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim inilah yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam tarian.

Tarian Payung
  Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di Negeri China.

Tarian Bunga Teratai
  Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang-ria seperti di zaman dahulu.

Tarian Kegembiraan
  Tarian ini merupakan tarian perayaan Cina. Suasana yang bising dan riuh-rendah mewujudkan suasana kegembiraan ketika menyambut musim perayaan Cina. Pada masa ini dimainkan muzik dihasilkan dengan mengetuk gong dan canang (gembereng).

Tarian Bunga
  Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian Cina yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita Cina dengan lemah lembut. Pergerakan tarian ini menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni.

Tarian di malam Bulan Penuh
  Tarian yang romantik ini adalah disampaikan oleh seorang kekasih. Waktu bulan penuh adalah menggambarkan cinta dan asmara. Tarian ini memaparkan seorang gadis menunggu ketibaan kekasihnya.

Tarian Hadrah
  Asal tarian ini dari negeri Parsi. Tarian hadrah terdapat di negeri Perlis dan Kedah.

Tarian Hala
  Tarian Hala popular di Negeri Kelantan dan dikaitkan dengan semangat sawah padi.

Tarian Asli
  Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang.

Tarian Asyik
  Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan).

Tarian Ayam Didik
  Ayam Didik menjadi masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.

Tarian Barongan
  Barongan adalah kesenian yang berasal dari Jawa, menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.

Tarian Calok (Sumpah-Sumpah)
  Pada ketika dahulu tarian ini ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding, berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.

Tarian Ceracap Inai
  Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

Tarian Cik Siti Wau Bulan
  Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta.

Tarian Cinta Sayang
  Tarian Cinta Sayang berasal daripada satu tarian asli yang bernama 'Zikir Rahmat'. Ia termasyhur di negeri Kedah lazimnya ditarikan oleh nelayan-nelayan di negeri-negeri Pantai Barat Malaysia.

Tarian Dabus
  Dabus adalah tarian tradisional di Perak bercorak kepahlawanan.

Tarian Gayong Otar
  Sebagai sebuah tarian pahlawan, Tarian Gayong Otar ditarikan berpasang-pasangan (lelaki sahaja). Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya loceng-loceng kecil.

Tarian Ikan
  Ia merupakan sebuah tarian unik dalam mana secara artistik menggambarkan keadaan ikan yang berenang ke sana ke mari menikmati kebebasan di laut biru.

Tarian Inang
  Tarian Inang

Tarian Jala Ikan
  Tarian Jala Ikan adalah sebuah tarian yang dicipta dengan cara meniru gerak-geri nelayan Melayu bekerja.

Tarian Joget
  Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain.

Tarian Kuda Kepang
  Kuda Kepang menampakkan pengaruh Jawa dan Islam. Pengaruh Jawa terlihat pada pakaian penari-penari, sedangkan pengaruh Islam tersimpul dalam cerita tariannya. Ia mengisahkan peristiwa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dengan penuh kegagahan memperjuangkan Islam.

Tarian Labi-Labi
  Tarian ini dikatakan berasal dari Endau, Rompin dan kian berkembang. Tarian ini berasal dari peniruan gerak labi-labi yang memakan umpan seorang pengail. Tarian ini ditarikan sebagai hiburan untuk petani kerana tarian ini melucukan dan akan menghilangkan penat petani tersebut.

Tarian Lagu Anak Indung
  Tarian Anak Indung merupakan persembahan ritual masyarakat Ulu Tembeling yang berhubung rapat dengan alam pertanian khususnya sawah padi dan padi huma.

Tarian Lesung Indik Beras Bertampi
  Tarian ini berasal dari kawasan Ulu Cheka, Jerantut. Tarian ini berpandukan kepada pergerakan orang menanam dan menuai padi. Tarian ini berdasarkan penggunaan lesung yang dinamakan lesung indik.

Tarian Lilin
  Asal usul Tarian Lilin adalah dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta.

Tarian Mak Inang
  Tarian Mak Inang disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina sangat popular ditarikan di istana Sultan-Sultan Melaka.

Tarian Masri Kercing
  Tarian Masri Kercing berdasarkan kepada muzik berentak 'Masri'. Ciri-ciri Arab tergambar pada gerak tari, irama muzik dan juga Kostium penari.

Pelanduk Dance
  Tarian ini berasal daripada Bukit Bentung, Kuala Lipis. Tarian ini biasanya dipersembahkan untuk majlis-majlis tertentu.

Tarian Piring
  Diperkenalkan dari Sumatera, khususnya dari daerah Rawa. Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung.

Tarian Randai
  Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong.

Tarian Zapin Lenga
  Tarian ini berunsurkan 'Timur Tengah' dan diiringi muzik berirama Padang Pasir. Berkaitan rapat dengan Islam yang berkembang di persisiran Pantai Barat Semenanjung. Oleh kerana itu Tarian Zapin Lenga ini ditarikan oleh Penari-penari Lelaki sahaja. Tarian ini juga terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar. Tarian ini ditarikan di majlis-majlis keramaian dan di majlis perkahwinan bagi menyerikan lagi suasana. Ditarikan oleh 4 - 8 orang penari lelaki.

Tarian Zapin Pekan
  Dipercayai berasal dari Tanah Arab dan mula diperkenalkan di daerah Pekan pada tahun 1930-an oleh seorang tukang songkok yang dipercayai seorang perantau dari Sumatera bernama Adam. Dikenali sebagai Zapin Pekan kerana mula dipopularkan oleh penduduk kawasan tersebut. Tarian ini amat popular di majlis kenduri kahwin selain turut dipersembahkan di istana. Tarian ini agak cepat gerak tarinya tetapi kurang bunga tarinya. Perbezaan tarian ini dengan zapin biasa ialah dari segi rentak dan gerak langkah yang bertolak dari tiga langkah manakala gerak tari dari sebelah kiri, bukannya dari sebelah kanan. Tarian ini ditari oleh dua hingga enam pasangan antara lelaki dan perempuan yang memakai baju gombang Pahang yang bersampingkan kain songket tenun dan bersongkok untuk lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini.

Tarian Saba
  Tarian ritual ini boleh dilihat di Ulu Terengganu, Terengganu. Bahan seperti pucuk kelapa (Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-binatang. Selalunya temasya ini diadakan selepas musim menuai, sembuh dari penyakit, menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun.

Tarian Sarah
  Dengan iringan muzik berirama Padang Pasir yang rancak, Tarian Sarah, ditarikan dalam suasana riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Di Johor, Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh Pasangan Lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.

Tarian Seweng
  Merupakan tarian tradisi semua Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang penari lelaki dan perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama. Penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang. Tarian ini biasanya ditarikan untuk upacara tradisi dan juga untuk pesta-pesta keramaian. Jika ditarikan di upacara bersunat, tarian ini dinamakan Tarian Ajok. Semasa menari mereka akan memakai hiasan yang diperbuat dari pucuk kelapa di mana sesudah menari, hiasan ini akan dikeringkan dan kemudian dibuang jauh dari tempat laluan orang. Adalah menjadi pantang hiasan ini dilangkahi atau dibakar. Sekiranya berlaku dipercayai orang yang melakukannya akan menjadi gila atau jatuh sakit.

Tarian Siti Payung
  Perkataan Siti Payung adalah Siti, anak gadis orang bangsawan yang sangat dikasihi. Penari-penari lelaki akan cuba mendekati penari wanita dan penari wanita akan cuba menjauhkan diri. Tarian ini dimulai dengan penari lelaki cuba mempelawa penari wanita dengan melambai-lambai selendang yang tersilang dibahunya. Penari wanita akan datang dan menari dengan penari lelaki.

Tarian Tempurung
  Tarian tempurung ini berasal daripada Pulau Tawar Pahang. Tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja di majlis-majlis perkahwinan. Biasanya saiz tempurung yang digunakan adalah lebih kecil supaya mudah dibawa dan ia mempunyai nada apabila membuat ketukan. Bunga tari yang sedia ada tidak boleh diubah suai atau pun ditukar kerana ia akan mengubah pergerakan Tarian Tempurung ini. Pada awal dan akhir tarian penari akan membuka sembah.

Tarian Upih
  Merupakan tarian yang diangkat dari pengubatan tradisional. Dipercayai penonton yang hadir ke upacara ini akan ikut sama menari iaitu berdasarkan ketahanan “semangat��? yang berada di dalam diri penonton. Tarian ini merupakan tarian ritual untuk mengubati pesakit di mana pesakit akan bangun bersama-sama dan menyatakan dari mana sakitnya datang. Pergerakan tarian ini tidak ditentukan aturan tapaknya kerana ketiga-tiga penari akan menari di luar kawalan di mana semakin jauh keluar dari diri, semakin lembutlah tarian tersebut. Jampi mentera akan dibaca oleh bomoh sambil memegang mayang pinang yang diikat dengan upih kering. Apabila mayang diketuk ke upih kering tersebut, ianya akan ikut sama mengeluarkan bunyi.

Tarian Zapin
  Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan al-Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan kaki penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin sebagai irama tarian.

Tarian Zapin Arab
  Kedatangan pedagang-pedagang Arab ke Johor pada masa silam bukan sahaja memperkenalkan hasil dagangan mereka tetapi juga dibawa sarna dengan seni budaya warisan asal mereka. Zapin Arab (lafin Arab) bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk-penduduk berketurunan Arab di Johor tetapi juga telah dikembangkan lagi setelah sebahagian daripada mereka berkahwin dengan penduduk tempatan. Diamalkan oleh masyarakat Johor berketurunan Arab khasnya di Daerah Johor Bahru, Pengerang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Muar, di majlis-majlis keraian, perkahwinan dan kekeluargaan. Ragam tarinya tidak begitu banyak dan lebih kepada sifat individu. Kebiasaannya hanya pasangan lelaki yang akan menari tarian ini. Penari akan menari bersilih ganti. Pasangan lain akan masuk menari dan pasangan yang asal akan keluar bagi memberi laluan kepada pasangan yang ingin menunjukkan kebolehan mereka. Alat muzik iringan utama bagi Tarian Zapin Arab ini ialah Gambus, Maruas, Gendang dan Akordian.

Tarian Zapin Johor
  Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan. Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai. Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Namun demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu. Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6 orang penari wanita.

Tarian Zapin Tenglu
  Tarian Zapin Tenglu ini diamalkan oleh Penduduk-penduduk di kawasan Tenglu, Mersing.Pergerakannya pantas dan sesuai dengan cara hidup kaum nelayan beserta dengan irama muzik dan iringan lagunya yang juga rancak dan beralun. Asas tarinya sama dengan Zapin Melayu Johor tetapi gerak gerinya agak berbeza di mana penari membebaskan lengan kedua belah tangannya semasa menari. Juga dikenali sebagai 'Permainan lapin' ditarikan sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis-majlis kenduri-kendara dan majlis perkahwinan. Penarinya terdiri daripada penari lelaki sahaja dan bilangan penarinya terdiri daripada 4 atau melebihi 8 orang penari lelaki.

Tarian Bhrata Natyam
  Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India. Kebiasaannya, Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin dan Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas.

Tarian Khatak
  Tarian Kathak berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Pada asalnya ia ditarikan oleh masyarakat yang dipanggil tukang cerita (penglipurlara). Kathak juga dikenali sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana). Ia dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

Tarian Klasik India
  Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang manusia. Asalnya Tarian India ini dari pertengahan zaman purbakala. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil. Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.

Tarian Gidda
  Ia merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita. la diseumpamakan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha. Selalunya dipersembahkan pada malam hari perkahwinan di mana Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui Bolian (rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

Tarian Bhangra
  Tarian Bhangra adalah tarian menyambut musim menuai dan berasal dari Punjab, India. Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan merupakan gerakan artistik. Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang berwarna terang dan berseri-seri.

Tarian Berunsai
  Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Penari-penari yang terdiri dari lapan orang akan belakang membelakangi dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan. Mereka menyanyikan lagu tradisional beramai-ramai.

Tarian Anding
  Tarian Anding sebenarnya berasal daripada sejenis tarian asli orang Brunei tetapi kemudiannya telah menjadi tarian tradisi yang popular di kalangan suku Kadayan Sipitang, Sabah. Sambil menari, nyanyian turut disulamkan dalam persembahan. Alat muzik tradisi yang mengiringi tarian ini adalah biola, rebana, tangkong dan kuritik

Tarian Buluh
  Tarian Buluh boleh dilihat ditarikan oleh gadis-gadis kaum Kwijau dari Keningau Sabah.

Tarian Sumazau
  Tarian Sumazau adalah sebuah tarian dengan gerakan perlahan dan lemah-Iembut. Ditarikan oleh penari-penari lelaki dan perempuan. Penari lelaki dan perempuan berhadap-hadapan dan menggerakkan kaki dengan 1 langkah kecil dan tumit kaki di angkat dan diturunkan mengikut muzik. Tangan mereka pula dikepak keluar dan diturun-naikkan seperti burung terbang.

Tarian Datun Julud
  Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur.

Tarian Ngajat
  Tarian Ngajat sangat popular di kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Koncong
  Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.