Kategori Perkhidmatan
Perpustakaan
PENGENALAN PERPUSTAKAAN

Pengenalan Perpustakaan


PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia ialah sebuah Jabatan Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perpustakaan Negara (Akta 80) 1972. Akta ini telah dipinda pada tahun 1987 selaras dengan perkembangan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia secara rasmi telah diletakkan sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia mulai 4 Mei 2005.

Perpustakaan Negara Malaysia ditubuhkan dengan objektif berikut:-

a) Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi sumber- sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;

b) Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan

c) Mengadakan kepimpinan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Selain bertanggungjawab sebagai pusat pengumpulan, pendokumentasian dan pemuliharaan sumber-sumber ilmu negara, Perpustakaan Negara Malaysia turut bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sejak tahun 1991.

Maklumat lanjut, sila layari laman web PNM di http://www.pnm.my


SISTEM PERDANA

Sistem Perpustakaan Digital Nasional atau ringkasnya Sistem PERDANA merupakan satu projek usahasama di antara Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Awam negeri, Perpustakaan Khusus/Jabatan Kerajaan, Multimedia Development Corporation (MDC) dan Telekom Malaysia bagi mewujudkan satu inisiatif Perpustakaan Digital Nasional ke arah memantapkan lagi penyediaan perkhidmatan lagi penyediaan perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat seluruh negara.

(selanjutnya…)

Gerbang Sumber Ilmu Digital MyLib :

 

Tarikh akhir kemaskini: 14-11-2008 02:01:05