![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan
ASWARA ialah sebuah institusi pengajian tinggi kerajaan yang menyediakan pengajian dan pengajaran dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan yang mendidik dan melatih pelajar secara formal bagi melahirkan karyawan, seniman, dan penggiat yang berilmu untuk menerus dan mengembangkan warisan seni negara.
Fungsi
Menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.
Visi
Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni, budaya dan warisan yang terulung di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.
Misi
- Menyediakan peluang dan ruang pembelajaran dalam bidang seni, budaya dan warisan yang releven dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara;
- Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir, profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian negara;
- Menjadi pusat sumber dan khidmat nasihat seni, budaya dan warisan;
- Menjadi pusat penyelidikan dan eksperimentasi seni, budaya dan warisan;
- Menjadi badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan.
Objektif
Menyediakan peluang dan ruang kepada penggiat dan pencinta seni untuk mengikuti latihan secara formal dalam bidang kesenian ke arah melahirkan karyawan dan seniman yang mantap, berilmu dan profesional.
Matlamat
- Melahirkan golongan karyawan dan artis yang berilmu dan profesional yang berupaya memantapkan warisan seni persembahan negara.
- Menambah bilangan penggiat seni yang mampu menjadi pemimpin dan penggerak yang berkesan dalam usaha membangunkan warisan dan industri kesenian negara.
- Menjadi sumber rujukan dan pusat etnologi (warisan) kesenian negara.
- Menjadi pusat kajian, penyelidikan dan eksperimentasi seni.
Tarikh akhir kemaskini: 28-11-2008 01:43:27




